Selamat Datang Ke Ruangan e-Bulletin MPP USIM edisi Online.
MPP USIM
February 27, 2008Majlis Perwakilan Pelajar adalah merupakan suatu lapangan yang terbaik untuk membentuk dan mengasah bakat kepemimpinan di kalangan pelajar dalam memimpin masyarakat pelajar. Ia juga bertindak sebagai penghubung antara pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan. Justeru, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh rakan-rakan untuk memberikan khidmat yang terbaik serta komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjayakan misi dan wawasan universiti.
Berteraskan slogan Mesra, Progresif, dan Prihatin, Majlis Perwakilan Pelajar USIM sebulat suara berittifaq meletakkan 4 paksi utama sebagaimana dinyatakan tadi, untuk diperjuangkan sepanjang tempoh lantikan sesi 2007/2008. Sekali lagi ingin saya nyatakan 4 paksi tersebut :
-
Kebajikan Pelajar
-
Intelektualisma
-
Sahsiah dan Integriti
-
Pengantarabangsaan
Posted by mppusim